Baru habis baca buku ni, menceritakan tentang seorang tentera Jepun, Leftenan Muda
Hiroo Onada. Komando perisikan tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua, Berjuang sehingga tahun 1974 walaupun Jepun menyerah kalah pada 1945.
Onoda dihantar ke Pulau Lubang, Filipina pada 1944 dengan arahan melakukan gerakan gerila terhadap tentera bersekutu dengan melakukan kekacauan di pulau itu. Dia juga menerima arahan secara langsung dari ketuanya dimana dia diarahkan supaya tidak melakukan "hara-kiri"(membunuh diri sendiri secara terhormat) atau menyerah diri walau apa pun yang berlaku.
 |
"Arahan diterima !!!" |
Walaupun pernah menemui phamplet yang digugurkan oleh tentera Jepun pada 1954 yang menerangkan perang telah berakhir dan semua tentera Jepun diminta untuk berundur dan menyerah kalah, namun Onoda setia kepada arahan asalnya dan meneruskan perjuangan bersama kumpulannya (Semua telah meninggal dunia kecuali Onoda).
Cara Onada akhirnya keluar dari tempat persembunyianya dan menyerah? Seorang pakcik pemilik kedai buku, Mejar (bersara) Yoshimi Taniguchi: Pegawai pemerintah kepada Onada merangkap orang yang memberi arahan kepada Onoda supaya tidak menyerah walau apapun terjadi, terpaksa dipanggil oleh kerajaan Jepun untuk datang sendiri berjumpa dengan Onoda untuk memerintahkan Onada menyerah diri.
Akhirnya Onoda berhijrah ke Brazil dan menetap disana sehinggalah beliau meninggal dunia pada umur 91 tahun pada 2014. Buku yang diterbitkan oleh beliau banyak berkisar tentang pengalamannya selama dia berada di Filipina. Sungguh best cerita beliau, ada masa beli/bacalah buku dia ok