1. Pengenalan
1.1.
Sejarah E-dagang
Sebelum
wujudnya E-dagang, Perdagangan tradisional memerlukan seseorang pelanggan itu
untuk pergi ke lokasi peniaga yang menawarkan barangan atau perkhidmatan yang
diperlukan. Bagi Peniaga pula, mereka untuk menjual barangan atau satu
perkhidmatan, mereka perlu mencari satu lokasi untuk dijadikan tapak perniagaan
mereka, meletakkan barangan atau menyediakan perkhidmatan di lokasi itu dan
seterusnya menunggu pelanggan untuk datang mencari mereka.
Dunia
perniagaan yang semakin sengit memerlukan peniaga terus berdaya saing dengan
peniaga yang lain, mereka perlu terus mencari cara untuk mempertingkatkan cara
bagi memenuhi keperluan pelanggan mereka (Ahmad, Abdul Rani, & Mohd Kassim, 2009) .
1.2.
Definisi E-dagang
E-dagang
didefinisikan sebagai satu proses perdagangan diantara organisasi atau individu
secara eletronik digital (Laudon & Laudon, 2012) .
1.3.
Kategori E-dagang
E-dagang dapat dikelaskan
kepada enam kategori:
I.
Antara
peniaga dengan peniaga (business to business/B2B)
-Ini
merupakan kategori E-dagang pada skala terbesar dimana tiada pembabitan
pengguna atau individu, transaksi berlaku pada jumlah yang besar dari segi
kuantiti mahupun nilai.
II.
Antara
peniaga dengan pengguna (business to consumer/B2C)
-Kategori
ini merujuk kepada E-dagang secara talian yang menjual produknya kepada
pengguna,
III.
Antara
pengguna dengan pengguna (costumer to costumer/C2C).
- kategori
ini merujuk kepada transaksi secara talian antara dua pengguna, secara umumnya
transaksi ini berlaku pada satu platform yang disediakan oleh pihak ketiga
seperti bank.
IV.
Antara
pengguna dengan peniaga (costumer to business/C2B)
- Contoh
yang mudah bagi kategori ini adalah diantara jurufoto yang menjual gambar yang
diambilnya kepada firma yang akan menggunakan gambar tersebut sebagai medium
pengiklanan atau sebagai gambar latar pada laman sesawang firma tersebut,
V.
Antara
peniaga dengan firma awam (business to administration/B2A)
-B2A
merupakan transaksi diantara peniaga dengan satu firma awam, contohnya
pembayaran lesen perniagaan kepada pihak
Dewan Bandaraya negeri.
VI.
Antara
pengguna dengan firma awam (consumer to administration/C2a).
-kategori
ini merupakan satu transaksi diantara pengguna atau pelanggan dengan satu firma
awam, sebagai contoh diantara individu yang membayar saman yang diterimanya
secara talian kepada bahagian trafik
Polis DiRaja Malaysia.
2. Kepentingan E-dagang dalam perniagaan
Felke-Morris
(2013) dan Standing, Standing & Love (2010) menerangkan kepentingan
E-dagang dalam perniagaan seperti berikut.
2.1.
Mengurangkan kos secara
keseluruhan
Kepentingan
E-dagang yang memberi impak terbesar dalam perniagaan adalah keupayaannya untuk
mengurangkan kos secara keseluruhan. E-dagang
membolehkan peniaga menjual produk atau perkhidmatannya tanpa memerlukan
kos pembinaan satu premis yang dilengkapi perabot yang berkaitan untuk memaparkan
jualan. Seterusnya menjimatkan kos belanja untuk kemudahan-kemudahan yang
berkaitan seperti bekalan eletrik, air, pekerja untuk menjaga barangan dan
lain-lain.
2.2.
Mengurus-tadbir maklumat
dengan berkesan.
E-dagang
dapat membantu pemilik perniagaan untuk menguruskan maklumat dan data yang berkaitan
dengan lebih efektif. Data-data seperti maklumat produk, bilangan unit produk
yang ada, malahan maklumat yang berkaitan dengan pelanggan seperti rekod urusan
jual beli dan latar belakang pelangkan dapat disimpan, diurus dan dirujuk
dengan cepat dengan penggunaan E-dagang.
2.3.
Menigkatkan kadar kepuasan
pelanggan.
Laman
interaktif e-dagang yang menghubungkan antara pelanggan dengan perniagaan
tertentu dengan memberi maklumbalas kepada pelanggan secara effektif. Trend
pembelian dan kekerapan pelanggan berinteraksi membolehkan peniaga membuat
keputusan yang lebih tepat berkaitan penambahbaikan perniagaan dan juga
menjangkakan trend pembelian pelanggan pada masa hadapan.
2.4.
Memberi kemudahan kepada
pelanggan
E-dagang
memberi kemudahan kepada pelanggan untuk mengakses mereka hajati tanpa had
masa. Siang atau malam, hari bekerja atau cuti umum. Batasan geografi juga
tidak terpakai kepada penggunaan E-dagang dimana pelanggan di Malaysia boleh
mengakses barangan yang dijual di negara yang lain seperti Indonesia, Amerika
mahupun Republik Nauru.
2.5.
Memberi pilihan kepada
pelanggan
Dengan
E-dagang, pelanggan juga kini mempunyai kemudahan untuk membandingkan
kepelbagaian dan harga barangan diantara dua atau lebih peniaga untuk menilai
sesuatu produk berdasarkan harga,kualiti atau kelebihan tertentu yang
ditawarkan oleh tiap-tiap peniaga dan memilih produk yang diingini mengikut
citarasa pelanggan.
Penggunaan
E-dagang secara global dapat dilihat daripada 3 faktor yang mempengaruhi
perkembangannya iaitu perjanjian global antara negara, tingkah laku strategik
firma usahawan dan inovasi teknologi (Wu & Agarwal, 2015) .
3.1.
Perjanjian global antara
negara
Dengan
peranan World Trade Organization(WTO).
Negara-negara dibawah organisasi ini telah memainkan peranan dengan mematuhi
peraturan dan perjanjian dibawah WTO untuk memberi komitmen dalam mengamalkan
perdagangan diantara negara tampa sekatan dan diskriminisasi. WTO telah
memperkenalkan satu persefahaman dagangan yang berkaitan dengan E-dagang
seperti trade in services dan TRIPS (trade-related aspects of
intellectual property rights). (Wikipedia, 2015) .
3.2.
Tingkahlaku Strategik Firma
Dengan
kejayaan beberapa perniagaan berasaskan E-dagang seperti alibaba.com, eBay.com
dan Amazon.com, firma-firma lain seluruh dunia cuba untuk mengikuti jejak
langkah firma yang telah berjaya ini dimana mereka juga cuba mengadaptasi
E-dagang ke dalam strategi pembanguna firma masing-masing. Mereka melihat
peluang yang cerah dan pasaran yang luas dalam E-dagang merupakan satu langkah
yang perlu diambil untuk mengekalkan daya saing firma masing-masing.
3.3.
Inovasi Teknologi
Mengadaptasikan
inovasi teknologi memberi faedah kepada firma dalam usaha untuk mendapat kuasa
daya saing yang tinggi dalam pasaran antarabangsa. Ianya menjadi satu aspek
yang penting dalam prestasi dan strategi suatu firma.
Pengaruh
e-dagang mula berkembang kepada perniagaan dan perkhidmatan sengan pesatnya di
Malaysia. Di Malaysia, perkhidmatan e-dagang dapat kita lihat melalui
perkhidmatan dan barangan yang disediakan. Antara perkhidmatan yang boleh kita
lihat ialah dari segi ubat-ubatan, pakaian, tempahan tiket, muzik, laman web,
buku dan sebagainya.
Mengikut
kajian yang dibuat di Malaysia, didapati bahawa terdapat peningkatan dalam
urusniaga melalui e-dagang di mana terdapat peningkatan yang mendadak dari
tahun 1998 yang hanya berjumlah RM 76 juta kepada RM 361 juta pada tahun 1999, jangkaan
yang dibuat pada tahun 2000 dianggarkan akan meningkat kepada RM 1.14 juta.
(berita Harian, 21 Julai 2000).
Di
Malaysia, gaya hidup berbelanja dengan menggunakan kad kredit telah lama
mendapat tempat. Keadaan ini adalah bersesuaian dan menjadi faktor penyokong
kepada jualan secara e-dagang dari segi kaedah pembayaran bagi pengguna di
Malaysia.
Di Malaysia
juga, perkembangan penggunaan internet telah mula meningkat daripada tahun 1995
yang hanya berjumlah 42,000 pengguna kepda 600,000 pengguna pada awal tahun
1999.
Menurut
kaji selidik Euromoney 2015, perdagangan elektronik (E-dagang) dijangka akan
terus mencatatkan pertumbuhan yang memberangsangkan walau berhadapan
ketidakstabilan ekonomi negara dengan unjuran bakal melebihi RM 1.9 bilion di
Malaysia menjelang 2016.
Pada tahun
2015 ini, dikatakan penggunaan e-dagang mampu memberi peluang kepada syarikat
untuk berkembang serta memasuki pasaran tempatan. Di anggarkan dalam tempoh 12
bulan akan datang, terdapat lima trend utama yang dijangka berlaku dan
membentuk masa hadapan perbelanjaan dalam talian di seluruh dunia.
E-dagang
telah mengalami era menarik dengan
evolusi pantas dan inovasi teknologi. Dengan adanya peningkatan peralatan mudah
alih ini telah membuka ruang baru dan menarik untuk peruncit untuk mendekati
pelanggan mereka.
Melalui
e-dagang ini juga dilihat dapat menggalakkan rakyat Malaysia bersemangat untuk
menggunakan inovasi mudah alih yang menunjukkan kematangan pengguna tempatan.
Disamping
itu juga, penggunaan e-dagang akan terus berubah dengan integrasi inovasi lebih
kreatif dalam peralatan mudah alih. Trend-trend tersebut akan dimanfaatkan oleh
perniagaan di Malaysia, disamping mampu merangsang dan membentuk pasaran
e-dagang yang merupakan pertumbuhan kritikal untuk ekonomi di Malaysia.
Namun
demikian, menurut kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, sektor e-dagang di
Malaysia pada masa kini masih belum di manfaatkan sepenuhnya walaupun telah
mengalami perkembangan yang ketara. (Bernama, 29 Jun 2015).
Nilai
e-dagang dijangka akan berkembang dan meningkat daripada RM 53 bilion kepada RM
72 biliaon menjelang akhir tahun 2015. Pada masa kini, dianggarkan kira-kira 70
peratus penduduk di Malaysia telah dan mempunyai akses kepada jalur lebar. Ini
membuktikan penggunaan e-dagang di Malaysia kian berkembang dan penggunaan yang
semakin meningkat.
E-dagang merupakan sebuah
sistem yang diwujudkan bagi memudahkan pengguna tidak kira pengguna tersebut
sebagai pembekal, pengurus, pembeli, pelanggan, dan sebagainya untuk
menjalankan urusan seharian tanpa kerumitan (Kleinrock, 2008) . E-dagang
sememangnya amat berguna kepada seseorang yang mementingkan urusan yang telus
serta cekap selain dapat menjimatkan kos dan masa (Park, 2010). Penggunaan
e-dagang tidak hanya tertumpu kepada soal perniagaan semata-mata, malah ianya
turut melibatkan urusan seharian seperti pembayaran bil utiliti, cukai, saman,
dan sebagainya. Pengguna yang menggunakan sistem e-dagang ini akan dapat
kelebihan yang ditawarkan kepada pengguna edagang. Antara kelebihannya ialah ia
dapat menjimatkan masa serta kos (Park, 2010). Pengguna dapat mengelakkan
kesesakkan seperti di kaunter perkhidmatan yang disediakan terutama ketika
hendak melakukan urusan pembayaran bil, saman, cukai, dan sebagainya dengan
hanya menggunakan sistem e-dagang yang disediakan.
Namun begitu, e-dagang yang merupakan sebuah
teknologi baru tidak terlepas dari cabaran yang ditempuh dalam usaha untuk
dikembangkan dan digunapakai oleh orang ramai. Cabaran dan rintangan yang
dihadapi ini berlaku diserata dunia dan termasuk di Malaysia. Tidak semua sesebuah
teknologi yang diperkenalkan disambut baik oleh sesetengah masyarakat. Terdapat
sebahagian yang berminat dan menggunakan perkhidmatan tersebut atas urusan
kerja dan aktiviti seharian.
Malaysia yang merupakan sebuah negara yang
sedang membangun turut mengalami perkembangan yang rendah berhubung dengan
sistem e-dagang ini. Kebanyakkan
organisasi yang menawarkan sistem ini kepada pelanggan mereka masih lagi di
peringkat awalan dan memerlukan banyak masa untuk diterimaguna sepenuhnya. (Mehrtens, Cragg, &
Mills, 2001)
mendapati bahawa tidak semua organisasi bercenderung ke arah menerima guna
e-dagang. Hal ini membuktikan bahawa e-dagang masih lagi dalam peringkat awal
perkembangan dan cabaran ini semestinya akan membantutkan perkembangan e-dagang
pada masa hadapan. Sekiranya pihak organisasi kurang mengambil inisiatif
terhadap perkembangan sistem e-dagang ini, maka perkembangan dan penggunaan
edagang juga akan perlahan.
Cabaran yang dihadapi di
negara luar sedikit sebanyak memberi kesan terhadap perkembangan e-dagang di
Malaysia. Hal ni demikian kerana, perkembangan dari negara luar akan memberi
impak yang positif terhadap penggunaan e-dagang di Malaysia memandangkan
masyarakat di Malaysia selalunya dikategorikan sebagai masyarakat yang lambat
menerima sesebuah teknologi baru atau dipanggil ‘majoriti lewat penerimaan’
lebih-lebih lagi di kawasan pedalaman (Mahendhiran, Han, &
Goon, 2010) .
Masyarakat di Malaysia amat sukar menerima terus sesebuah teknologi baru tanpa
adanya bukti atau perkembangan yang positif dari negara luar akan kejayaan
sesebuah teknologi baru yang digunapakai. Hasil kajian yang telah dijalankan
oleh (SKMM, 2010) mendapati, pengguna
lebih gemar untuk membeli di kedai atau pasaraya iaitu sebanyak 66.3 peratus
berbanding membeli di Internet atau secara atas talian.
Selain itu, pengguna juga masih lagi berasa kurang yakin dan risau terhadap sistem keselamatan edagang. Perkara ini akan menimbulkan perasaan kurang percaya pengguna untuk menggunakan sistem e-dagang. Ianya terbukti apabila sebanyak 59.1 peratus pengguna kurang percaya dan sebanyak 58.7 peratus pula merasakan kurang selamat terhadap pembelian menerusi on line ( (SKMM, 2010) . Sehubungan dengan itu, hal ini akan menjadi
cabaran buat perkembangan edagang di Malaysia memandangkan ianya telah
diperkenalkan secara rasminya sejak lebih sedekad yang lalu menerusi MSC pada
tahun 1998 oleh mantan Perdana Menteri pada ketika itu iaitu Tun Dr. Mahathir
Mohamad. E-dagang merupakan salah satu aplikasi perdana yang diberi penekanan
oleh pihak kerajaan untuk dikembangkan dan diperluaskan penggunaanya di
kalangan penduduk setempat. Pihak kerajaan sedar akan kepentingan perkembangan
tersebut dengan memperuntukkan sejumlah peruntukan yang besar dalam RMK-8,
RMK-9, dan RMK-10.
Selain itu, Prasarana dan infrastuktur kini giat dibangunkan
bagi memudahkan perlaksanaan yang menyeluruh ke segenap tempat dan kawasan.
Kemudahan yang disediakan ini akan tidak memberi erti sekiranya ianya tidak
dimanfaatkan dan digunakan semaksimum mungkin oleh masyarakat. Cabaran dalam
mendidik pengguna untuk menggunakan sesebuah teknologi baru seperti e dagang
ini bergantung kepada strategi yang digunakan oleh pihak kerajaan. Pihak
kerajaan perlu lebih menekankan kepada ilmu yang sewajarnya disemai terlebih
dahulu sebelum seseorang individu tersebut mahir dan boleh menggunakan sistem
e-dagang tanpa adanya rasa bimbang dan tidak yakin. Rintangan dan halangan yang di hadapi untuk
melaksanakan penggunaan edagang ini juga banyak dibahas dan dijadikan subjek
kajian oleh penyelidik yang lain.
Di Malaysia, terdapat beberapa halangan dan cabaran yang telah dikenalpasti sebagai halangan dalam melaksanakan e-dagang keseluruhannya. Halangan tersebut seperti faktor sosio ekonomi, isu kebudayaan, dan akhir sekali ialah e-kesediaan atau e-readiness (Poong, M. Talha,
& Eze, 2007) .
Menurut Pong et al(2007) lagi, terdapat faktor yang dapat menentukan
perkembangan edagang yang menyeluruh sekiranya faktor tersebut dapat
dilaksanakan dengan baik. Antara faktor tersebut ialah menarik pengeluaran
global, melindungi perniaga baru, menarik dan pengekalkan perniagaan dan
pelanggan, menghasilkan sumber manusia yang berkemahiran, menyokong dasar
kerajaan, peraturan, dan infrastruktur maklumat berkualiti tinggi. Faktor
berkenaan mampu menjana perkembangan yang positif dan dapat memberi manfaat
yang berguna kepada masyarakat dan negara. Namun ianya akan menjadi penghalang
andai faktor tersebut gagal dilaksanakan (Poong et al, 2007).
Dalam melaksanakan e-dagang, ianya tidak hanya tertumpu kepada penggunaan sesebuah mesin atau komputer sahaja. Malah e-dagang melibatkan banyak fasiliti dan infrastruktur termasuklah Internet berkelajuan tinggi Kemudahan asas tersebut dilihat menjadi nadi utama dalam menentukan perkembangan yang pesat terhadap penggunaan e-dagang. Namun, ianya akan menjadi sia-sia andai kelengkapan tersebut masih lagi tidak mampu dipenuhi dan ini secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap perkembangan e-dagang itu sendiri. Pembangunan dan perancangan dalam IT semakin giat direncanakan dan diaplikasikan dari segenap sudut. Kini, banyak negara telah mula menitikberatkan pembangunan infrasturktur dan fasiliti terutama dalam bidang ICT bagi menghadapi dunia siber yang semakin mencabar pada masa yang akan datang kelak.
Menurut Poong et al(2007) pembangunan pelan IT yang paling ditekankan sehingga kini ialah e-dagang. E-dagang telah mula menjadi perhatian dunia apabila ianya telah dikenalpasti menjadi penggerak utama ke arah pertumbuhan pesat ekonomi sesebuah negara. Peningkatan dalam eksport dan import sebenarnya akan meningkatkan juga perniagaan dan potensi ekonomi yang lebih baik bagi sesebuah negara. Keterbatasan dalam menyediakan pelan dan struktur bagi memenuhi kehendak dan keperluan e-dagang akan mempengaruhi dan memberi kesan terhadap pertumbuhan e-dagang. Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa faktor yang berkaitan dengan halangan dalam mengembangkan penggunaan e-dagang ini, antaranya ialah berkenaan dengan fasiliti dan infrastruktur seperti penyediaan perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar. Ketidakcukupan perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar merupakan faktor utama dalam menjadi penghalang dan kekangan terhadap perkembangan e-dagang dalam sesebuah negara, bagi memenuhi keperluan maklumat dalam laman sesawang kepada pelanggan, perkhidmatan Internet jalur lebar berkelajuan tinggi amat diperlukan. Hal ini demikian kerana, maklumat dan informasi yang berkaitan dengan sesuatu produk atau perkhidmatan perlu disediakan oleh pembekal. Pengguna akan mendapat maklumat tersebut menerusi laman sesawang dan ini akan memberi impak yang positif apabila pengguna turut melakukan proses pembelian dan kegiatan perdagangan menerusi Internet.
Akses Internet yang mahal menjadi penghalang sesebuah organisasi perniagaan dan para pelanggan untuk mencari maklumat atau info berkaitan dengan produk Para peniaga dan pelanggan akan menghadapi masalah sekiranya kos bagi mengakses Internet melibatkan kos yang tinggi. Malah, ianya turut akan membantutkan perkembangan khasnya e-dagang kerana asas utama dalam sistem e-dagang adalah Internet. Sekiranya kos bagi Internet mahal atau tinggi, ianya pastinya akan menyukarkan banyak pihak. Selain itu, ianya juga menjadi penyumbang kepada halangan untuk membeli sesuatu produk atau perkhidmatan menerusi Internet (Poong et alI 2007).
Selain itu, pengguna juga masih lagi berasa kurang yakin dan risau terhadap sistem keselamatan edagang. Perkara ini akan menimbulkan perasaan kurang percaya pengguna untuk menggunakan sistem e-dagang. Ianya terbukti apabila sebanyak 59.1 peratus pengguna kurang percaya dan sebanyak 58.7 peratus pula merasakan kurang selamat terhadap pembelian menerusi on line (
Di Malaysia, terdapat beberapa halangan dan cabaran yang telah dikenalpasti sebagai halangan dalam melaksanakan e-dagang keseluruhannya. Halangan tersebut seperti faktor sosio ekonomi, isu kebudayaan, dan akhir sekali ialah e-kesediaan atau e-readiness
Dalam melaksanakan e-dagang, ianya tidak hanya tertumpu kepada penggunaan sesebuah mesin atau komputer sahaja. Malah e-dagang melibatkan banyak fasiliti dan infrastruktur termasuklah Internet berkelajuan tinggi Kemudahan asas tersebut dilihat menjadi nadi utama dalam menentukan perkembangan yang pesat terhadap penggunaan e-dagang. Namun, ianya akan menjadi sia-sia andai kelengkapan tersebut masih lagi tidak mampu dipenuhi dan ini secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap perkembangan e-dagang itu sendiri. Pembangunan dan perancangan dalam IT semakin giat direncanakan dan diaplikasikan dari segenap sudut. Kini, banyak negara telah mula menitikberatkan pembangunan infrasturktur dan fasiliti terutama dalam bidang ICT bagi menghadapi dunia siber yang semakin mencabar pada masa yang akan datang kelak.
Menurut Poong et al(2007) pembangunan pelan IT yang paling ditekankan sehingga kini ialah e-dagang. E-dagang telah mula menjadi perhatian dunia apabila ianya telah dikenalpasti menjadi penggerak utama ke arah pertumbuhan pesat ekonomi sesebuah negara. Peningkatan dalam eksport dan import sebenarnya akan meningkatkan juga perniagaan dan potensi ekonomi yang lebih baik bagi sesebuah negara. Keterbatasan dalam menyediakan pelan dan struktur bagi memenuhi kehendak dan keperluan e-dagang akan mempengaruhi dan memberi kesan terhadap pertumbuhan e-dagang. Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa faktor yang berkaitan dengan halangan dalam mengembangkan penggunaan e-dagang ini, antaranya ialah berkenaan dengan fasiliti dan infrastruktur seperti penyediaan perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar. Ketidakcukupan perkhidmatan telekomunikasi jalur lebar merupakan faktor utama dalam menjadi penghalang dan kekangan terhadap perkembangan e-dagang dalam sesebuah negara, bagi memenuhi keperluan maklumat dalam laman sesawang kepada pelanggan, perkhidmatan Internet jalur lebar berkelajuan tinggi amat diperlukan. Hal ini demikian kerana, maklumat dan informasi yang berkaitan dengan sesuatu produk atau perkhidmatan perlu disediakan oleh pembekal. Pengguna akan mendapat maklumat tersebut menerusi laman sesawang dan ini akan memberi impak yang positif apabila pengguna turut melakukan proses pembelian dan kegiatan perdagangan menerusi Internet.
Akses Internet yang mahal menjadi penghalang sesebuah organisasi perniagaan dan para pelanggan untuk mencari maklumat atau info berkaitan dengan produk Para peniaga dan pelanggan akan menghadapi masalah sekiranya kos bagi mengakses Internet melibatkan kos yang tinggi. Malah, ianya turut akan membantutkan perkembangan khasnya e-dagang kerana asas utama dalam sistem e-dagang adalah Internet. Sekiranya kos bagi Internet mahal atau tinggi, ianya pastinya akan menyukarkan banyak pihak. Selain itu, ianya juga menjadi penyumbang kepada halangan untuk membeli sesuatu produk atau perkhidmatan menerusi Internet (Poong et alI 2007).
Syed Shah
Alam (2009) menerangkan diantara faktor yang mempengaruhi penggunaan E-dagang
di kalangan usahawan di Malaysia adalah seperti
faedah yang nyata atau perceived
benefits, kos implementasi penggunaan E-dagang ke dalam struktur
perniagaan, tahap kemahiran dan
pengetahuan dalam telekomunikasi eletronik, faktor tekanan luar dan tahap
sokongan daripada kerajaan.
Syed Zamberi Ahmad et al (2014) telah memilih satu model yang
lebih tepat untuk menerangkan faktor-faktor yang mendorong penggunaan E-Dagang
dikalangan usahawan seperti yang dilihat pada rangka kerja Persekitaran Teknologi-Organisasi (Tornatzky & Fleischer, 1990) . Dimana ianya
juga turut selaras dengan pendapat ciri-ciri
pembahruan rogers (2003) yang menekankan ciri-ciri dalaman dan luaran dalam
mempertimbangkan persepsi konteks yang
dapat yang mempengaruhi penggunaan E-dagang. Faktor-faktor itu adalah:
I.
Konteks
Teknologi
II.
Konteks
Organisasi
III.
Konteks
Persekitaran
6.1.
Konteks Teknologi
Faktor ini meliputi teknologi yang baru dan belum diperolehi
retapi relevan kepada usahawan serta teknologi yang telah sedia ada dimiliki
oleh usahawan itu, contohnya jumlah dan kadar unit komputer yang dimiliki oleh
firma usahawan itu menentukan keupayaannya untuk mengadaptasi penggunaan
E-dagang. Ianya lebih kepada pandangan atau jangkaan usahawan kepada teknologi e-dagang
itu dari 3 aspek iaitu
6.1.1. Jangkaan faedah relatif
Meliputi
faedah yang dijangkakan kesan daripada penggunaan e-dagang dalam perniagaan
seperti peningkatan jualan dan keuntungan, pengurangan kos, penambahbaikan
dalam perkhidmatan pelanggan, dan pembangunan dalam operasi pemasaran produk.
6.1.2. Jangkaan keserasian
Jangkaan
keserasian merupakan had firma usahawan mengadaptasikan e-dagang ke dalam
perniagaanya dimana keserasian e-dagang yang dapat diselarikan budaya,
nilai-nilai yang diamalkan dan cara kerja yang dipraktikkan dalam firma
usahawan tersebut. (Grandon & Pearson, 2004)
6.1.3. Jangkaan kerumitan
Jangkaan
kerumitan merupakan had firma usahawan itu menanggap e-dagang menjadi terlalu
rumit untuk diaplikasikan. Kerumitan ini adalah berpunca dari had yang wujud
dalam firma usahawan itu sendiri seperti had kemahiran pekerja dan had
pengurus-tadbir dan kemahiran teknikal usahawan itu sendiri
6.2.
Konteks Orgaisasi
Ini merujuk
kepada langkah-langkah yang diambil oleh suatu organisasi seperti skop firma,
saiz firma dan pengurusan usahawan itu. Terdapat dua faktor yang berkaitan
dengan konteks organisasi iaitu:
I.
Pengetahuan
mengenai E-dagang itu sendiri
II.
Sikap dan
pendekatan pengurusan usahawan itu terhadap E-Dagang
6.3.
Konteks persekitaran
Merujuk
kepada faktor persekitaran firma usahawan itu menjalankan perniagaannya,
biasanya lebih tertumpu kepada faktor persekitaran luaran yang mempengaruhi
industri usahawan itu secara signifikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan