1. Pengenalan
1.1.
Sejarah E-dagang
Sebelum
wujudnya E-dagang, Perdagangan tradisional memerlukan seseorang pelanggan itu
untuk pergi ke lokasi peniaga yang menawarkan barangan atau perkhidmatan yang
diperlukan. Bagi Peniaga pula, mereka untuk menjual barangan atau satu
perkhidmatan, mereka perlu mencari satu lokasi untuk dijadikan tapak perniagaan
mereka, meletakkan barangan atau menyediakan perkhidmatan di lokasi itu dan
seterusnya menunggu pelanggan untuk datang mencari mereka.
Dunia
perniagaan yang semakin sengit memerlukan peniaga terus berdaya saing dengan
peniaga yang lain, mereka perlu terus mencari cara untuk mempertingkatkan cara
bagi memenuhi keperluan pelanggan mereka (Ahmad, Abdul Rani, & Mohd Kassim, 2009) .