Khamis, 29 Oktober 2015

GAMBAR HARI INI




Adik tu dah ngantok..dah sedap makan tengahari...mulalah sangap. Selamba je bersandar kat kaki akak tu.

*Gambar diambil ketika  program Lawatan Khidmat Masyarakat di Baitul Magfirah anjuran UUM

Sabtu, 24 Oktober 2015

Kisah Orang Degil,Cekal dan AWESOME!!





Baru habis baca buku ni, menceritakan tentang seorang tentera Jepun, Leftenan Muda Hiroo Onada. Komando perisikan tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua, Berjuang sehingga tahun 1974 walaupun Jepun menyerah kalah pada 1945.
Onoda dihantar ke Pulau Lubang, Filipina pada 1944 dengan arahan melakukan gerakan gerila terhadap tentera bersekutu dengan melakukan kekacauan di pulau itu. Dia juga menerima arahan secara langsung dari ketuanya dimana dia diarahkan supaya tidak melakukan "hara-kiri"(membunuh diri sendiri secara terhormat) atau menyerah diri walau apa pun yang berlaku.

"Arahan diterima !!!"
Walaupun pernah menemui phamplet yang digugurkan oleh tentera Jepun pada 1954 yang menerangkan perang telah berakhir dan semua tentera Jepun diminta untuk berundur dan menyerah kalah, namun Onoda setia kepada arahan asalnya dan meneruskan perjuangan bersama kumpulannya (Semua telah meninggal dunia kecuali Onoda).


Cara Onada akhirnya keluar dari tempat persembunyianya dan menyerah? Seorang pakcik pemilik kedai buku, Mejar (bersara) Yoshimi Taniguchi:  Pegawai pemerintah kepada Onada merangkap orang yang memberi arahan kepada Onoda supaya tidak menyerah walau apapun terjadi, terpaksa dipanggil oleh kerajaan Jepun untuk datang sendiri berjumpa dengan Onoda untuk memerintahkan Onada menyerah diri.




Akhirnya Onoda berhijrah ke Brazil dan menetap disana sehinggalah beliau meninggal dunia pada umur 91 tahun pada 2014. Buku yang diterbitkan oleh beliau banyak berkisar tentang pengalamannya selama dia berada di Filipina. Sungguh best cerita beliau, ada masa beli/bacalah buku dia ok

Selasa, 20 Oktober 2015

WELCOME TO THE FUTURE MARTY MC FLY !!!!

Pada keesokan hari,pada 21 Oktober 2015, Marty Mc Fly akan tiba dari tahun 1985 menggunakan mesin perentas masanya.

Siapa Marty Mc Fly ngko tanya aku??? aku lempang jugak korang ni pasal tak kenal mamat tu!!
(K-Poppers kids mesti nganga mulot tak tau apa benda ni)


"Gila ngkau! Minyak Naik Harga Kaw-Kaw La Zaman Ni..Balik!!!..Balik!!"

Marty Mc Fly adalah watak utama  dalam sebuah filem yang popular tahun 1989 dilakonkan oleh Michael J.Fox. Sebuah filem yang wajib diingati oleh mereka yang hidup/membesar pada tahun 80 & 90-an dimana  zaman akan datan (2015) di imiginasikan sebagai masa yang sangat cool dengan teknologi kereta terbang dan lain-lain .

ahhh...terkenang semasa dulu...



Sabtu, 17 Oktober 2015

KELAS DOKUMEN : RAHSIA


Pssst tolong sikit boleh tak?
.
.
.
.
.
Saya ada buat borang kaji selidik, tolong isikan boleh tak? sekejap sahaja tak sampai 10 soalan ok?link ada kat "side bar" blog saya sebelah kanan atau pun boleh klik terus kepada pautan ini

Terima Kasih!!!!

Jumaat, 16 Oktober 2015

SIKIT-SIKIT, LAMA-LAMA GUNUNG PUN BOLEH HABIS!!

Pernahkah anda rasa usaha anda adalah sia-sia? Pernahkah anda ditekan dengan ejekan atau 'nasihat' orang lain bahawa usaha anda sia-sia? jika jawapan anda adalah 'ya', sila baca cerita ini....


Hari ini mari kita dengar cerita Dashrath Manjhi seorang buruh kasar marhaen yang membina sebuah jalan menembusi bukit bukau sebagai monumen cinta beliau kepada isterinya. Tidak seperti Taj Mahal, jalan yang dibina Dashrath Manjhi ini tidak menjadi tarikan pelancong ke India tetapi fungsinya kepada komuniti sekitar perkampungan Gaya di Bihar jauh lebih signifikan dari tugu Taj Mahal. Tambah menakjubkan beliau membina sendiri jalan ini secara seorang diri.

Kisah bermula pada sekitar 1950an apabila isteri Dashrath Manjhi, Falguni Devi tercedera di dalam sebuah kemalangan. Kerana lokasi kampung yang agak terperuk, tiada hosipital dibina oleh pihak kerajaan untuk penduduk tempatan. Dalam perjalanan ke hospital yang jauh Falguni Devi meninggal dunia. Kecewa dengan kematian isteri beliau yang dirasakan boleh dielakkan, Dashrath meminta kerajaan tempatan untuk membina sebuah jalan menembusi sebuah gunung. Jika jalan ini dibina perjalanan dari perkampungan Gaya ke bandar berhospital berhampiran akan dipendekkan dari 50 kilometer menjadi hanya 10 kilometer.


SHOOTING AND CAPTURING


Haa tembak dan tangkap!! ganaz kan hobi aku? kau ada?

TENG!  TENG!   PIUUU!
Sebenarnya bukan shooting and capturing sangat pun, tetapi shooting and capturing picture!! hahaha poyo kan?kan?....ehem...ok. Hobi aku ada banyak, hobi asal adalah permainan konsol,permainan bukan konsol dan apa-apalah yang melibatkan "game" dan "eletronik". dari zaman Atari 2600 lagi aku dah mula berkecimpung, sampai la ke zaman nintento, super famicom sampailah konsol terakhir aku Playstation 3. Tak cerita lagi permainan komputer..fuhh..habis penuh blog ni.

Tapi usia mengajar bahawa aku memerlukan satu hobi baru yang lebih berfaedah dan tidak membuang masa. Lebih kurang lima tahun yang lalu aku memilih Fotografi sebagai hobi baru (sebelum ni level pengetahuan tentang fotografi = zero). Masa aku nak kahwen dulu aku bukan orang senang, budget kena plan betul-betul. bakal isteri sebagai seorang perempuan, memanglah mengimpikan perkahwinan yang gemilang dan terbilang (eleh orang lelaki pun nak juga tau). Tetapi dengan budget yang ada kami cuma mampu menggunakan khidmat jurugambar yang "bolehlah". Alhamdulillah aku dikurniakan Allah didunia ini seorang isteri yang 'steady' dan memahami kehendak aku. Dan aku cakap dengan dia "Oh Bebeh jangan risau berduka!suatu hari abang akan belajar sendiri benda fotografi ini dan kita tidak perlu lagi upah orang untuk ambik gambar kita! ohh yeahh!"(skrip diolah agar lebih dramatik dari yang asal).


Suatu Masa Dahulu : Pengalaman seorang ex Budak Pulau 2

Dah habis cerita mak penyu, sekarang cerita tentang anak penyu pulak.

Anak penyu baru menetas
bila mak penyu dah balik ke laut, bermulalah aktiviti mengumpul telur penyu untuk dipindahkan ke tapak penetasan. mencari sarang telur penyu memerlukan kemahiran yang tinggi yang perlu dipelajari dalam jangka masa yang lama. telur yang dikutip dikira jumlahnya dan dibawa ke sini



sepertimana gambar-gambar lain, gambar ini adalah dari internet (dulu miskin tak mampu beli smartphone/kamera)

Khamis, 15 Oktober 2015

KATA KATA HIKMAH

Berkoyan kata-kata hikmah ni laman sesawang ni...semuanya bertaraf  "terbaik". tapi untuk tika dan saat ini dan kerana nak kejar masa nak hantar assigment esok. ini merupakan kata hikhmah yang memberi kesan kepada saya..


semoga kita Allah memberi kita Rahmat, Tauhid dan Hidayah kepada kita semua, sesungguhnya siapalah kita untuk menentang ketentuanNya

TAKE 5


Khamis, 1 Oktober 2015

YOU BELUM KENAL LAGI I NI SIAPA!!!


Gambar hiasan  (bukan tuan blog ok!)
Hah ayat orang nak bergaduh ni...tapi post ni bukan tentang nak bergaduh bagai. Nak memperkenalkan dirilah dulu...baru kenal betul tak you?

untuk mengenali seseorang mestilah nak tau latarbelakang dia kan? ini merupakan merupakan maklumat peribadi yang kini tidak peribadi lagi kerana dipaparkan di halaman sesawang (yang bakal bersawang).