Jumaat, 16 Oktober 2015

SHOOTING AND CAPTURING


Haa tembak dan tangkap!! ganaz kan hobi aku? kau ada?

TENG!  TENG!   PIUUU!
Sebenarnya bukan shooting and capturing sangat pun, tetapi shooting and capturing picture!! hahaha poyo kan?kan?....ehem...ok. Hobi aku ada banyak, hobi asal adalah permainan konsol,permainan bukan konsol dan apa-apalah yang melibatkan "game" dan "eletronik". dari zaman Atari 2600 lagi aku dah mula berkecimpung, sampai la ke zaman nintento, super famicom sampailah konsol terakhir aku Playstation 3. Tak cerita lagi permainan komputer..fuhh..habis penuh blog ni.

Tapi usia mengajar bahawa aku memerlukan satu hobi baru yang lebih berfaedah dan tidak membuang masa. Lebih kurang lima tahun yang lalu aku memilih Fotografi sebagai hobi baru (sebelum ni level pengetahuan tentang fotografi = zero). Masa aku nak kahwen dulu aku bukan orang senang, budget kena plan betul-betul. bakal isteri sebagai seorang perempuan, memanglah mengimpikan perkahwinan yang gemilang dan terbilang (eleh orang lelaki pun nak juga tau). Tetapi dengan budget yang ada kami cuma mampu menggunakan khidmat jurugambar yang "bolehlah". Alhamdulillah aku dikurniakan Allah didunia ini seorang isteri yang 'steady' dan memahami kehendak aku. Dan aku cakap dengan dia "Oh Bebeh jangan risau berduka!suatu hari abang akan belajar sendiri benda fotografi ini dan kita tidak perlu lagi upah orang untuk ambik gambar kita! ohh yeahh!"(skrip diolah agar lebih dramatik dari yang asal).



sedang ambik gambar sunset...amoi diabaikan kerana puan isteri ada kat belakang (sedang mengambil gambar saya)


Dengan berbekalkan Canon 60D, Bermulalah kehidupan aku sebagai fotographer level zero, tapi sedikit demi sedikit kemahiran diasah dengan tekun hingga akhirnya aku dapat mengambil upah sebagai jurugambar.Hingga ke hari ini masih banyak lagi yang perlu dipelajari dan diasah.

belanja gambar-gambar dari koleksi sket!!













Tiada ulasan:

Catat Ulasan