Jumaat, 16 Oktober 2015

SIKIT-SIKIT, LAMA-LAMA GUNUNG PUN BOLEH HABIS!!

Pernahkah anda rasa usaha anda adalah sia-sia? Pernahkah anda ditekan dengan ejekan atau 'nasihat' orang lain bahawa usaha anda sia-sia? jika jawapan anda adalah 'ya', sila baca cerita ini....


Hari ini mari kita dengar cerita Dashrath Manjhi seorang buruh kasar marhaen yang membina sebuah jalan menembusi bukit bukau sebagai monumen cinta beliau kepada isterinya. Tidak seperti Taj Mahal, jalan yang dibina Dashrath Manjhi ini tidak menjadi tarikan pelancong ke India tetapi fungsinya kepada komuniti sekitar perkampungan Gaya di Bihar jauh lebih signifikan dari tugu Taj Mahal. Tambah menakjubkan beliau membina sendiri jalan ini secara seorang diri.

Kisah bermula pada sekitar 1950an apabila isteri Dashrath Manjhi, Falguni Devi tercedera di dalam sebuah kemalangan. Kerana lokasi kampung yang agak terperuk, tiada hosipital dibina oleh pihak kerajaan untuk penduduk tempatan. Dalam perjalanan ke hospital yang jauh Falguni Devi meninggal dunia. Kecewa dengan kematian isteri beliau yang dirasakan boleh dielakkan, Dashrath meminta kerajaan tempatan untuk membina sebuah jalan menembusi sebuah gunung. Jika jalan ini dibina perjalanan dari perkampungan Gaya ke bandar berhospital berhampiran akan dipendekkan dari 50 kilometer menjadi hanya 10 kilometer.




Kerana penduduk kampung Gaya bukan dari kasta yang tinggi ataupun orang berada, permintaan penduduk tempatan untuk jalan pintas ini dibina tidak diendahkan. Dashrath sudah bosan menunggu dan kerana beliau seorang Hero Rakyat sebenar membina sendiri jalan pintas merentasi gunung dan ganang ini secara sukarela. Ketika beliau memulakan projek ini pada tahun 1959 ramai penduduk yang menganggap Dashrath sudah gila kerana kesedihan kehilangan isterinya. Tetapi 22 tahun kemudian apabila jalan raya sepanjang hampir 1 kilometer dan selebar  16 kaki ini siap dibina Dashrath sekelip mata menjadi hero tempatan. 

Pada tahun 2007 beliau meninggal dunia akibat kanser. Beliau diberikan pengkebumian khas penuh penghormatan setaraf pemimpin negara sebagai tanda penghormatan keatas usaha beliau yang tak kenal erti berputus asa. 

ketabahan, kecekalan, kedegilan, kegilaan...walau apapun gambaran yang diberi kepada pakcik Dashrath ini, dia mengusahakan matlamat dia walau apa pun. RESPEK ok??



sumber dari Tehelka dan Blogserius

Tiada ulasan:

Catat Ulasan